
Elish menangis di dalam bilik itu. Diketuk-ketuk juga pintu itu. "Makcik, lepaskan saya. Saya nak balik." Kakinya diangkat keparas dada dan kepalanya ditundukkan. Tidak lama kemudian, Mak Mah datang kembali ke bilik Elish sambil menatang dulang makanan.
Apabila Elish merasakan pintu dibuka dari luar dia bangun berdiri. Diundur kebelakang dua tiga tapak. Muncul Mak Mah dengan satu dulang ditangan. "Mari makan nak." Dulang itu diletakkan ke atas katil. Elish hanya melihat dari jauh.
"Jangan risau la sayang, Mak Mah tak letak racun pun dalam nasi goreng tu." Mak Mah tahu apa yang bermain difikiran Elish. Elish mendekati Mak Mah walaupun ada sedikit perasaan ragu-ragu kepada orang tua itu. Tapi disebabkan hatinya jenis yang lembut dia tidak sanggup menyusahkan orang tua itu.
"Mak Mah, Elish nak makan?" Elish menoleh melihat Mak Mah disebelah setelah terliur melihat masakan Mak Mah. Aromanya menyengat hidung. "Makan la nak. Memang Mak Mah masak untuk Elish pun."
Terus ditangkapnya pingan itu dan duduk di atas katil. Nasi itu disuapkan ke dalam mulut dengan rakus sekali. Lapar. Ya dia sedang kelaparan. Sedih Mak Mah melihat nasib Elish. Sudah la diculik, kelaparan pula tu.
"Mak Mah sedapp nasik goreng nii...!" Dengan nasi yang masih di dalam mulut, Elish berusaha juga untuk bercakap. Habis tersembur-sembur ke muka Mak Mah.
"Isk kamu ni, pengotor lah.!!!"Mak Mah mengabus-ngabus mukanya yang terlekat nasi akibat disembur oleh Elish. Dia berlalu keluar sambil membebel marah.Merah muka orang tua itu menahan sakit di hati.
Elish masih lagi boleh tersengih-sengih kerana dapat memperdajalkan orang tua itu. "Ha ha ha padan muka."
0 comments:
Post a Comment