Sedang mereka bertiga kemaskan beg masing-masing, kedengaran enjin kereta di luar rumah. Ash mengelak kain langsir dan mengintai ke luar tingkap. "Macam kenal je kereta tu?" Ash menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil melihat sebuah kereta Viva hitam memasuki halaman rumah papan itu. Farid menghampiri Ash di tepi tingkap. Dia melihat kereta yang dimaksudkan Ash.
"Apa tak kenal pulak, tu kan kereta Akim. Kau ni..!" Kata Farid.
"Bukan diaorang kata nak datang esok ke?" Ash semakin menggaru kepalanya.
"Mana la aku tahu. Kau ni kenapa? Time ni la otak blur kau nak datang pun." Farid membuka pintu rumah. Dia turun ke bawah menghampiri rakan-rakannya yang lain.
"Awalnya korang sampai? Kata nak datang esok." Sempat lagi Farid menyambut huluran beg dari Syah.
"Memang nak datang esok tapi aku bangun lewat lah. Dah alang-alang tu aku datang sini terus la." Akim menjawab.
"Korang pun sama ke?" Tanya Farid tuju kepada Syah, Aiman dan Riz.
Mereka bertiga hanya tersengih bila ditanya. Fahamlah Farid jawapan disebalik senyuman kerang busuk itu.
"Naik jom. Nanti boleh makan sekali, Mak Mah dah siapkan makanan tengahari untuk kita semua." Pelawa Farid.
Mereka bertujuh sudah duduk di meja makan bersama dengan Pak Din. Hanya menunggu Elish dan Mak Mah untuk makan sekali. Farid bangun dari duduknya dan menghampiri Mak Mah yang sedang membasuh tangan.
"Mak Mah, Lish mana?" Tanya Farid.
"Dia dalam bilik la, takkan duduk kat buaian luar sana pulak." Mak Mah mengerling Farid disebelah.
"Eh-eh Mak Mah ni, pandai dia buat lawak ye.. Ha ha ha."
"Kejab Mak Mah panggilkan Elish. Kamu duduk la dulu." Mak Mah mengelap tangannya di kain batik yang dipakainya.
Baru dia berura-ura memanjat tangga dapur, tangannya di pegang Farid. "Tak pe la, Mak Mah biar Far saja yang panggilkan."
"Betul ni?" Farid hanya tersenyum dan mengangguk.
Dia kemudian memanjat tangga dapur dan menuju ke bilik Elish. Belum lagi mengetuk pintu bilik itu, dadanya berdebar-debar semacam. Dipegang dadanya yang berdegup laju. Takut juga dengan sebarang tindakan Elish kepadanya apabila gadis itu nampak wajahnya. Farid menarik nafas sedalam-dalamnya dan mengetuk pintu bilik sebelum membuka kunci bilik. Pintu bilik ditolak perlahan-lahan dan terus saja nampak tubuh Elish di atas katil. Farid memberanikan dirinya untuk mendekati Elish.
Dia duduk di penjuru katil dan melihat wajah Elish yang sugul. Aku minta maaf Elish, bukan niat aku nak buat kau macam ni. Farid mengeluh berat. Dia terlalu rasa serba salah tapi dalam masa yang sama, dia terlalu sayangkan Elish.
"Lish. Elish bangun." Farid mengerakkan tubuh Elish perlahan.
Elish yang merasakan ada sentuhan pada tubuhnya, bangun sambil menggosok mata. "Elish." Panggil Farid perlahan. Dilihatnya muka Elish yang baru bangun dari tidur itu. Comel lah dia. Geram pulak aku tengok! Elish yang masih mamai dengan mata tertutup, hanya mengangguk. "Jom makan, nanti kau lapar." Farid menarik tangan Elish untuk bangun.
Elish tidak menolak. Dia hanya mengikut saja. Orang tengah mamai, semua benda dia ikut je!
Semua yang ada di meja makan menoleh melihat Farid yang memimpin tangan Elish. Mereka semua hanya tersenyum-senyum melihat tingkah Farid melayan mamai Elish. Nampak comel je... Farid membawa Elish ke bilik air untuk membasuh muka. Sama seperti tadi, Elish menurut perintah. Selepas membasuh muka dan sudah sedar sepenuhnya, Elish keluar dari bilik air itu. Keluar saja dari bilik air itu, semua mata-mata sudah melihat ke arahnya.
Elish buat-buat tak nampak tapi rasa malu pula dengan apa yang terjadi. Elish perasan, Farid tersenyum-senyum ke arahnya. Senyum-senyum apa? Ingat aku tak berani ke nak tumbuk muka dia yang tak berapa segak tu..?? Selepas Elish duduk, Pak Din memulakan bacaan doa makan dan mereka semua makan dengan penuh berselera.
Habis makan, Elish terus panjat tangga dapur untuk ke biliknya selepas Mak Mah menyuruhnya segera masuk ke dalam bilik. Baru saja Elish ingin masuk ke dalam bilik, tangannya dipengang dari belakang.
"Aku nak cakap sikit dengan kau." Farid merapati Elish.
"Kalau ye pun nak cakap tangan tu tak payah la nak pengang-pengang." Elish menarik tangannya yang masih dalam gengaman Farid.
Farid tidak terus berkata-kata. Dia hanya menatap wajah yang telah mencuri hatinya sekian lama. Rindu dengan senyuman manis gadis itu. Elish jadi tidak selesa dengan pandangan Farid.
"Kau nak apa sebenarnya? Aku naik menyampah lah tengok muka kau lama-lama." Elish bersuara.
"Aku sayang kau Elish Amirah!" Untuk pertama kali Farid meluahkan isi hatinya.
Terpegun Elish dengan kata-kata Farid. Mukanya terus menoleh ke arah lain dari memandang wajah Farid. Mamat ni biar betul? Dah la hari itu kata nak kawin dengan aku, sekarang ni pulak kata sayangkan aku!! Otak dia betul ke tidak..??
"Walauapapun yang terjadi, aku tetap nak kau. Esok kita kawin. Aku dah sediakan semuanya." Kata Farid. Terkejut Elish dengan perancangan Farid. Terbeliak matanya.
Serentak itu juga dia memusingkan badan melihat Farid. "Kau dah gila..??"
Farid hanya menggelengkan kepala. Tangannya diselukkan ke dalam poket.
"Senangkan kau buat rancangan!!? Kau ingat aku ni apa? Anak patung? Bila kau suka, kau belai aku. Bila kau tak suka, kau campak aku! Sakit hati ni masih ada lagi bila kau sedap-sedap je kutuk aku, perlekehkan aku depan kawan-kawan kau!! Sampai bila-bila pun aku tak kan terima kau la Farid...!! Aku tak nak kawin dengan kau dan tak akan kawin dengan kau...!! Faham..!!!" Elish melampiaskan amarahnya.
Farid tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia hanya bersahaja. Itu yang membuatkan Elish bertambah bengang. Lama dia mendiam dan kemudian dia bersuara.
"Aku tahu aku salah dan aku minta maaf sangat-sangat. Aku buat semua tu, sebab aku sayangkan kau. Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau. Aku sanggup ambil risiko kalau kau bencikan aku sampai mati pun, aku tak kisah. Asalkan aku boleh jumpa kau, boleh tengok muka kau. Nampak kau sekali dalam satu hari pun dah cukup bagi aku. Kau tahu tak, betapa aku rindu sangat kat kau, bila kau tak ada kat sekolah. Aku tak boleh jumpa kau, aku tak boleh tengok muka kau. Seksa rindu tu, aku yang tanggung dan kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau boleh bencikan Lish, terpulang pada kau tapi kau tak boleh halang cinta aku pada kau. Aku cuba, aku cuba bukan aku tak cuba. Aku cuba untuk sayangkan kekasih aku yang sekarang, tapi aku tak mampu sayangkan dia kalau aku sayang kau lebih dari segalanya!" Tanpa disangka-sangka, air mata berjujuran di pipi Farid. Sungguh terkelu lidah Elish untuk berkata-kata.
Farid mengelap air matanya dengan jari. "Tak pela, kau rehat. Aku nak kemaskan barang." Farid berlalu dari situ dan meninggalkan Elish yang tercengang-cengang.
Kemudian Elish masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Dia masih terfikirkan apa yang Farid katakan sebentar tadi. Sungguh dia tak sangka, Farid lelaki pujaannya ketika dulu sememangnya menyayangi dia. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju seolah-olah cinta lama berputik kembali.
Tapi apabila fikir-fikirkan balik, dia tak boleh menyerah begitu saja. Cara Farid untuk mendapatkan dia, sememangnya salah. Dia nekad untuk lari dari rumah itu dengan segera kalau tidak esok pasti dia sudah dinikahkan dengan Farid.
"Selesai dah masalah kau dengan bakal isteri..?" Sambil tersengih-sengih Ash bertanya.
"Bodoh la kau. Dah." Farid menolak kepala Ash. Sengal punya member!
"Akim mana?" Farid tercari-cari Akim yang sudah menghilangkan diri.
"Akim. Pergi merokok la tu." Fazlan yang sedap baring di atas sofa sambil menonton tv menjawab.
"Aku nak kait buah kelapa, siapa nak ikut?" Farid bangun dan menuju ke pintu.
"Aku nak." Ash juga bangun dan bersiap-siap untuk turun.
"Korang tak nak ikut ke?" Farid menoleh melihat Fazlan, Syah dan Riz.
"Korang pergi la, kami nak pergi kebun Pak Din kejab lagi. Nak ambil buah sikit." Fazlan jawab bagi pihak mereka bertiga.
"Habis tu siapa nak jaga Elish?" Ash pula bertanya.
"Akim dengan Aiman kan ada. Diaorang la tengok-tengokkan Lish." Riz pula yang bersuara.
"Hah, mana si Aiman?" Farid menyarungkan selipar sambil bertanya.
"Toilet." Jawab Syah sepatah.
Elish melekatkan telinganya di pintu untuk mencuri-curi dengar perbualan Farid dan rakan-rakannya. Apabila rasa semuanya sudah tidak ada di ruang tamu itu, Elish perlahan-lahan membuka pintu dan menyusup keluar. Elish mengendap-ngendap di luar rumah dan memastikan mereka berlima sudah hilang dari pandangan.
Perlahan-lahan Elish menuruni tangga rumah tapi dia tak sedar Akim sedang merokok di bawah rumah. Akim yang ternampak sepasang kaki menuruni tangga rumah itu sudah mula syak sesuatu. Kalau kaki Mak Mah takkan bergetah macam tu?
Akim perlahan-lahan mendekati pemilik sepasang kaki itu, apabila dia,mendekati dia ternampak Elish yang hendak menyarung selipar.
"Woi! Kau nak lari erh..??" Akim buang putung rokok di tangan dan berlari mendekati Elish.
Elish yang terkejut disergah sebegitu, terus berlari dengan berkaki ayam. Dia sendiri pun tak tahu kemana kakinya menghala.
Elish yang terus berlari tanpa menoleh ke belakang mendengar Akim menjerit memanggil rakan-rakannya yang lain. Lama kelamaan, dari satu suara hingga bingit telinga Elish dengan jeritan dari tujuh lelaki yang sedang mengejarnya. Mereka menyuruhnya berhenti.
Tanpa sedar Elish sudah jauh berlari masuk ke dalam hutan. Elish berhenti sebentar untuk menghilangkan lelah. Peluh yang memercih di seluruh muka, dilapnya dengan belakang tangan. Apabila merasa mereka semakin dekat, Elish meneruskan lariannya sehingga sampai di tepi tebing jurang.
Elish buntu. Dia sudah tiada jalan untuk lari lagi.
"Elish. Kau jangan buat kerja gila!" Farid orang pertama yang sampai dulu.
"Siapa yang gila?!! Kau ke aku?" Elish menjerit.
"Kita boleh bawa bincang. Tak payah la kau nak lari macam ni." Farid masih cuba memujuk Elish.
"Aku tak nak!!" Elish masih dengan nekadnya.
Kemudian datanglah Riz, Aiman, Fazlan, Akim, Syah dan Ash yang tercunggap-cunggap. Elish semakin gelabah. Dia sekarang disekelilingi oleh mereka bertujuh. Elish mengundur ke belakang.
"Elish... Kau cuba bertenang! Tarik nafas dulu." Fazlan pula cuba untuk memujuk.
Elish semakin lama semakin mengundur ke belakang dan malangnya, kakinya tersangkut di akar pokok yang menjalar di lantai hutan dan jatuh ke dalam jurang itu.
"Aah...!!"
Debub!!
"Aduh...!" Elish menggosok dahinya. Dia membuka mata dan cuba ingat kembali apa yang terjadi.
"Ya Allah. Aku mimpi rupanya! Ha ha ha.." Elish mengketawakan dirinya sendiri. Dia kemudian bangun dan bersiap untuk ke sekolah.
Sampai di depan kelas, Elish nampak Farid yang sedang ketawa dengan Akim dan Ash. Malu sendiri rasanya apabila teringatkan mimpinya semalam. Dia terus ke meja dan duduk di tempatnya.
"Kau pahal..? Merah muka-muka?" Tiba-tiba Fatin datang menegur.
"Merah ke?" Elish memengang kedua-dua pipinya.
"Merah doo..! Ha ha ha.. Tu Farid tengok je kat kau." Fatin menjuihkan bibirnya ke arah Farid di belakang.
"Biarlah." Semakin memerah muka Elish. Ditunduknya muka kerana malu. Tanpa sedar dia sudah tersenyum gembira.
Tanpa sesiapa sangka juga, Farid terus memerhatikan Elish dan gerak geri gadis itu. Tersenyum dia dengan Elish yang sudah memerah muka.

0 comments:
Post a Comment