Rakan-rakan Elish gelisah menanti kehadiran Elish. "Mana dia ni?" Ella ke hulu ke hilir di depan meja guru. Salmi yang baru sampai berkerut dahi melihat rakan-rakannya. "Kenapa ni?" Ella yang mundar mundir di hadapan ruangan kelas. Fatin pula duduk di meja guru dan kepalanya ditongkatkan dengan tangan. Jarinya mengetuk-ngetuk meja itu. Gayanya seakan berfikir masalah negara. Manakala Fisya pula sudah selamat ke alam mimpi. Badan disandarkan pada dinding dan kepalanya terdongak dicermin dengan mulut ternganga. Armi? Jangan tanya sama naik saja dengan Fisya. Membuta saja kerja mereka pada awal pagi.
Setelah meletakkan beg sekolah di atas kerusi dia mendekati Ella dan Fatin dihadapan kelas. "Kenapa ni?" Diulang sekali lagi soalan yang sama. Fatin berasa serba salah. Dia menarik nafas untuk memberi semangat dan kekuatan kepadanya untuk menceritakan perihal Elish semalam. Dia sendiri pun terkejut dengan apa yang terjadi. Semalam selepas selesai tugasnya, dia dan rakan-rakan basikal yang lain pergi mencari Elish di tempat letak basikal. Apa yang menanti mereka amat mengejutkan. Basikal Elish jatuh menyembah bumi, fail dan botol air berselerak di atas lantai. Beg sekolah Elish juga ada disitu. Yang paling mengejutkan mereka sebelah kasut Elish juga tertanggal dan berada tidak jauh dari basikalnya. Diceritakan dari A sampai Z kepada Salmi.
Salmi yang mendengar cerita Fatin sudah hilang pertimbangan. "Macam mana boleh jadi macam tu? Semua dah tau ke?" Dia pulak yang ke hulu ke hilir. Ella sudah duduk di kerusi sebelah Fatin. Dahinya digosok. Tabiat kalau dia tengah gelisah. Tanpa mereka sedar Ash sedari tadi memerhati tiga sekawan itu berborak. Ash tersenyum sinis.
"Asal tu?" Akim yang baru tiba, bertanya.
"Dok tunggu budak yang kena culik semalam." Mereka ketawa suka hati.
Di kampung Permai...
Elish sudah bermandi peluh. Badannya sudah melekit kerana semalaman tidak mandi. Dia berpusing-pusing di atas katil itu. Digolek-goleknya kiri kanan. Seketika kemudian datang Mak Mah dengan sedulang makanan. Dulang itu diletakkan di atas meja. "Nak, mari makan. Anak mesti laparkan." Mak Mah mempersila Elish makan. Bersinar-sinar mata Elish melihat semangkuk laksa di dalam dulang itu. Diambil laksa dan menyuap dengan lahap sekali. "Macam mana Mak Mah tahu saya suka laksa?"
"Mak Mah tak tahu pun. Bakal suami kamu yang beritahu tadi." Jawab Mak Mah.
Dengar saja perkataan 'bakal suami' automatik makanan yang masih di dalam mulut tersembur keluar dan mengena muka Mak Mah. "Kamu ni kenapa??!" Mak Mah menengking Elish. Merah padam muka dia. Ternganga Elish dengan tindakan sendiri. "Maaf Mak Mah. Saya tak sengaja." Elish memohon maaf. Mak Mah terus berlalu keluar bilik dengan perasaan marah. Termanggu Elish sendirian memikirkan tindakannya. Tidak lama kemudian....
"Kah kah kah." Berderai air mata Elish kerana mentertawakan Mak Mah. Lucu pula melihat muka Mak Mah penuh dengan sisa-sisa laksa.
"Padan muka, tu la buat jahat lagi."
Petang itu, Farid datang bersama Fazlan dan Ash menaiki Myvi putih milik Fazlan ke kampung Permai. Sampai di rumah papan itu, Farid keluar dan memberi salam. Salamnya disambut oleh Mak Mah.
"Farid, Elish tu rasa dah rimas sebab tak mandi dari semalam lagi." Mak Mah mengadu kepada Farid.
"Tu yang saya bawa baju untuk Elish. Saya tahu mesti dia tak selesa." Farid mengangkat beg plastik yang tertara nama Adidas di tepi telinganya.
Dia kemudian masuk ke dalam rumah, manakala Mak Mah ditinggalkan di bawah bersama Ash dan Fazlan. Dia memulas tombol pintu dan menolaknya. Dilihatnya Elish sedang menilik mukanya dicermin. "Elish." Panggilnya. Elish mengalihkan badannya dan alangkah terkejutnya dia melihat lelaki didepannya.
"Kenapa kau bawak aku kesini?" Elish mula meninggikan suaranya. Mendadak darahnya melihat lelaki itu.
"Aku sayangkan kau. Aku nak kahwin dengan kau, Lish." Mendatar suara Farid. Tiada guna lagi memyembunyikan niatnya kepada Elish sedangkan Elish sudah ada dalam gengaman.
"Kau gila ke apa? Memang tak akan aku kahwin dengan kau la mangkuk.!!!" Jerit Elish nyaring.
Jeritannya mengejutkan Mak Mah, Ash dan Fazlan di luar rumah.
"Nak tak nak kau kena kahwin juvak dengan aku. Muktamad." Farid mencampak beg plastik ditangannya ke atas katil dan berlalu pergi.
"Aku tak nak kahwin! Aku tak nak kahwin!!!" Jeritan Elish bergema di setiap ruang dalam rumah itu.
Farid menyandarkan belakangnya di luar bilik Elish. Mengalir air mata jantannya ke pipi. Aku sayang kau sampai aku mati. Selamanya.

0 comments:
Post a Comment