
Beberapa jam kemudian, mereka sampai di satu kampung, Kampung Permai. Van putih itu membelok masuk ke dalam kawasan rumah papan yang dimana satu pasangan suami isteri yang sudah tua menanti kehadiran mereka. Aiman memberhentikan van di depan rumah papan itu.
Farid turun mendahului yang lain. Dia mendekati pasangan itu.
"Assalamualaikum, Mak Mah. Sihat?" Farid menyalami tangan Mak Mah dan suaminya, Pak Din. Diikuti Aiman, Ash dan Fazlan.
"Waalaikummusalam. Sihat je Farid. Hah mana kawan yang kamu ceritakan tu?" Mak Mah tercari-cari kelibat kawan Farid yang dikatakan akan menumpangi rumah itu sementara waktu.
"Ada je Mak Mah. Kejab er." Farid kemudian masuk ke dalam van semula dan kembali kepada pasangan itu dengan mendukung Elish yang sudah pengsan.
"Ya Allah!! kenapa dengan kawan kamu ni Farid?" Mak Mah terkejut amat bila melihat keadaan Elish itu.
Farid menoleh melihat rakan-rakannya. Mereka bertiga buat-buat tidak nampak jelingan Farid. Tak nak ambil tahu!! Terdetik perkataan itu dalam hati mereka bertiga.
Aiman pura-pura menilik telefonnya. Ash pula pura-pura membelek batang pokok kelapa yang tinggi galah itu. Apa kejadah tah, dok belek pokok kelapa tu! Manakala Fazlan sengaja mengajak Pak Din berborak sedangkan dia tahu Pak Din itu pekak. Tapi dilayan jugak pekak orang tua itu.
Farid geram dengan perangai rakan-rakannya. Tak pa, tak pa. Nanti korang!! Dia menoleh melihat Mak Mah yang jelas kerisauan pada wajah tua itu.
"Tak ada apa la Mak Mah. Excident sikit je. He he he!" Dia kemudian meminta izin untuk membawa masuk Elish. Berat! Farid membaringkan Elish di atas katil bersaiz besar di dalam salah satu bilik dalam rumah itu.
Farid membuka tudung sekolah yang masih dipakai oleh si gadis. Rambut yang terikat di lepaskan. Juntaian rambut yang panjang itu diusap dengan lembut. Sayangnya pada si gadis begitu kuat sehingga dia mengambil keputusan untuk menikahi Elish.
"Maafkan aku. Bukan niat aku nak sakiti kau. Bukan niat aku nak menjauhkan kau dari keluarga kau. Tapi sebab aku sayang sangat kat kau. Banyak halangan untuk kita bersama sayang!!" Selepas itu Farid keluar ke halaman rumah dan meminta izin untuk pulang.
Selepas kelibat van putih itu hilang dari pandangan, Pak Din juga menapak pulang ke rumah. Tinggallah Elish dan Mak Mah di rumah itu.
Langit yang cerah mula menenggelamkan cahaya petang. Waktu malam mula menginjak. Jarum jam pendek menunjuk ke angka 7. Elish yang pengsan mula menyedarkan diri. "A,ah!" Di pegang pipinya yang agak kebas itu. Sakitnya masih terasa walaupun tak banyak.
Dilihatnya sekeliling bilik. "Aku kat mana ni?" Elish mula cuak. Kemudian dia teringat kembali peristiwa Farid yang menculiknya. "Ah, Farid!!" Kemudian dia berlari ke pintu bilik. Dipulasnya tombol pintu. Kunci!
"Farid!! Farid!! Woi lepaskan aku la!!" Elish menjerit memanggil nama Farid.
Tiba-tiba pintu itu terbuka dari luar. Elish semakin cuak. Diundurnya kebelakang. "Kenapa jerit waktu maghrib-maghrib ni?" Terjenggol wajah Mak Mah yang sedia bertelekung untuk menunaikan solat maghrib.
"Mak cik ni siapa?" Terketar-ketar nada Elish. Terkejut dengan serba putih Mak Mah.
"Panggil je Mak Mah. Mak Mah yang akan jaga Elish sepanjang keberadaan Elish kat sini." Jawab Mak Mah tersenyum manis.
Elish masih ragu-ragu dengan Mak Mah. Dah la tak kenal, bersubahat dengan jantan tak guna pulak tu! Maki Elish dalam hati. "Mak cik saya nak balik!" Rayu Elish.
Mak Mah serba salah. Memang salah kalau menculik anak dara orang ni. Tapi dia sendiri tiada pilihan lain. Mak Mah sayang sangat dengan cucu kawannya itu, Farid. Farid juga terlalu manja dengan dia. "Mak Mah tak boleh lepaskan Elish. Nanti Farid marah." Jawab Mak Mah perlahan.
Dengar saja nama itu, membuatkan Elish naik minyak. "Apa kena mengena Mak Mah dengan jantan tu?" Bentak Elish keras.
"Dah la Elish berehat ye! Elish duduk sini tak lama pun, sampai Elish selamat bernikah dengan Farid je." Terbeliak mata Elish. Mulutnya ternganga luas. Kahwin?? Tak mungkin!!!!
"Kahwin? Siapa nak kahwin? Saya tak nak kahwin la!!!" Elish semakin membentak.
"Dah la. Mak Mah nak pergi solat kejab. Kamu duduk sini diam-diam." Kemudian Mak Mah menutup pintu dan menguncinya dari luar.
Elish meluru ke pintu. "Makcik!! Makcik!!! Lepaskan saya!! Makcik!!!!!" Jeritnya nyaring. Pintu diketuk-ketuk kuat.