PENGALAMAN DIKECEWAKAN
Memang ini tiada kaitan dengan novel-novel saya tapi saya nak kongsikan satu cerita yang dimana saya boleh menghasilkan cerpen Hilang. Cerpen pertama saya semasa di bangku sekolah menengah.
Perasaan yang sakit kerana dikecewakan, dihina, disakiti, dimaki, dikutuk sangat memeritkan hati sampaikan saya mula menulis cerita yang menyayat hati. Tajuknya yang diberi Hidupku Hanya Untuk Dihina ?
Kisahnya dimana ada seorang gadis yang tidak begitu cantik pada pandangan lelaki namun nampak comel dan baik hati pada pandangan guru-guru di sekolahnya. Gadis itu seorang yang pemalu dan mempunyai lima orang rakan yang selalu menyokong apa saja minatnya. Dalam diam gadis yang diberi nama Hayatul Hanizah itu meminati seorang lelaki yang sama kelas dengannya. Lama dia memendam rasa hati kepada lelaki itu namun apabila terbongkarnya rahsia yang disimpan itu, lelaki yang Hanizah minat semakin lama semakin menjauhkan diri dari Hanizah.
Bukan saja menjauhkan diri malah menyakitkan hati Hanizah dengan mengutuk dirinya pada lelaki-lelaki lain. Sedih, kecewa, marah bercampur menjadi satu. Hanizah sangka lelaki sebaik itu tidak akan menyakitkan hati seorang gadis sepertinya namun salah sama sekali. Dimulut ingin membenci namun apakan daya Hanizah begitu sayang kepada lelaki itu. Kerana perubahan masa, Hanizah berubah demi kebahagiaannya.
Saya tak nak ceritakan kisah ini dengan lebih lanjut. Saya akan upload cerita ni nanti. Buat masa sekarang saya akan upload sampai habis novel Ibu, Angah Dah Jatuh Cinta ! Sekarang ni saya tengah sibuk dengan assaigment yang menimbun. Maaf atas kekangan itu...
Sampai berjumpa lagi, Assalamualaikum ...!!!