Thursday, 6 October 2016

Cerpen-Hilang (akhir)7

Edit Posted by with No comments

Sedang mereka bertiga kemaskan beg masing-masing, kedengaran enjin kereta di luar rumah. Ash mengelak kain langsir dan mengintai ke luar tingkap. "Macam kenal je kereta tu?" Ash menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil melihat sebuah kereta Viva hitam memasuki halaman rumah papan itu. Farid menghampiri Ash di tepi tingkap. Dia melihat kereta yang dimaksudkan Ash.

"Apa tak kenal pulak, tu kan kereta Akim. Kau ni..!" Kata Farid.
"Bukan diaorang kata nak datang esok ke?" Ash semakin menggaru kepalanya.
"Mana la aku tahu. Kau ni kenapa? Time ni la otak blur kau nak datang pun." Farid membuka pintu rumah. Dia turun ke bawah menghampiri rakan-rakannya yang lain.

"Awalnya korang sampai? Kata nak datang esok." Sempat lagi Farid menyambut huluran beg dari Syah.
"Memang nak datang esok tapi aku bangun lewat lah. Dah alang-alang tu aku datang sini terus la." Akim menjawab.
"Korang pun sama ke?" Tanya Farid tuju kepada Syah, Aiman dan Riz.
Mereka bertiga hanya tersengih bila ditanya. Fahamlah Farid jawapan disebalik senyuman kerang busuk itu.
"Naik jom. Nanti boleh makan sekali, Mak Mah dah siapkan makanan tengahari untuk kita semua." Pelawa Farid.

Mereka bertujuh sudah duduk di meja makan bersama dengan Pak Din. Hanya menunggu Elish dan Mak Mah untuk makan sekali. Farid bangun dari duduknya dan menghampiri Mak Mah yang sedang membasuh tangan.

"Mak Mah, Lish mana?" Tanya Farid.
"Dia dalam bilik la, takkan duduk kat buaian luar sana pulak." Mak Mah mengerling Farid disebelah.
"Eh-eh Mak Mah ni, pandai dia buat lawak ye.. Ha ha ha."
"Kejab Mak Mah panggilkan Elish. Kamu duduk la dulu." Mak Mah mengelap tangannya di kain batik yang dipakainya.

Baru dia berura-ura memanjat tangga dapur, tangannya di pegang Farid. "Tak pe la, Mak Mah biar Far saja yang panggilkan."

"Betul ni?" Farid hanya tersenyum dan mengangguk.

Dia kemudian memanjat tangga dapur dan menuju ke bilik Elish. Belum lagi mengetuk pintu bilik itu, dadanya berdebar-debar semacam. Dipegang dadanya yang berdegup laju. Takut juga dengan sebarang tindakan Elish kepadanya apabila gadis itu nampak wajahnya. Farid menarik nafas sedalam-dalamnya dan mengetuk pintu bilik sebelum membuka kunci bilik. Pintu bilik ditolak perlahan-lahan dan terus saja nampak tubuh Elish di atas katil. Farid memberanikan dirinya untuk mendekati Elish.

Dia duduk di penjuru katil dan melihat wajah Elish yang sugul. Aku minta maaf Elish, bukan niat aku nak buat kau macam ni. Farid mengeluh berat. Dia terlalu rasa serba salah tapi dalam masa yang sama, dia terlalu sayangkan Elish.

"Lish. Elish bangun." Farid mengerakkan tubuh Elish perlahan.

Elish yang merasakan ada sentuhan pada tubuhnya, bangun sambil menggosok mata. "Elish." Panggil Farid perlahan. Dilihatnya muka Elish yang baru bangun dari tidur itu. Comel lah dia. Geram pulak aku tengok! Elish yang masih mamai dengan mata tertutup, hanya mengangguk. "Jom makan, nanti kau lapar." Farid menarik tangan Elish untuk bangun.

Elish tidak menolak. Dia hanya mengikut saja. Orang tengah mamai, semua benda dia ikut je!

Semua yang ada di meja makan menoleh melihat Farid yang memimpin tangan Elish. Mereka semua hanya tersenyum-senyum melihat tingkah Farid melayan mamai Elish. Nampak comel je... Farid membawa Elish ke bilik air untuk membasuh muka. Sama seperti tadi, Elish menurut perintah. Selepas membasuh muka dan sudah sedar sepenuhnya, Elish keluar dari bilik air itu. Keluar saja dari bilik air itu, semua mata-mata sudah melihat ke arahnya.

Elish buat-buat tak nampak tapi rasa malu pula dengan apa yang terjadi. Elish perasan, Farid tersenyum-senyum ke arahnya. Senyum-senyum apa? Ingat aku tak berani ke nak tumbuk muka dia yang tak berapa segak tu..?? Selepas Elish duduk, Pak Din memulakan bacaan doa makan dan mereka semua makan dengan penuh berselera.

Habis makan, Elish terus panjat tangga dapur untuk ke biliknya selepas Mak Mah menyuruhnya segera masuk ke dalam bilik. Baru saja Elish ingin masuk ke dalam bilik, tangannya dipengang dari belakang.

"Aku nak cakap sikit dengan kau." Farid merapati Elish.
"Kalau ye pun nak cakap tangan tu tak payah la nak pengang-pengang." Elish menarik tangannya yang masih dalam gengaman Farid.

Farid tidak terus berkata-kata. Dia hanya menatap wajah yang telah mencuri hatinya sekian lama. Rindu dengan senyuman manis gadis itu. Elish jadi tidak selesa dengan pandangan Farid. 

"Kau nak apa sebenarnya? Aku naik menyampah lah tengok muka kau lama-lama." Elish bersuara.
"Aku sayang kau Elish Amirah!" Untuk pertama kali Farid meluahkan isi hatinya.

Terpegun Elish dengan kata-kata Farid. Mukanya terus menoleh ke arah lain dari memandang wajah Farid. Mamat ni biar betul? Dah la hari itu kata nak kawin dengan aku, sekarang ni pulak kata sayangkan aku!! Otak dia betul ke tidak..??

"Walauapapun yang terjadi, aku tetap nak kau. Esok kita kawin. Aku dah sediakan semuanya." Kata Farid. Terkejut Elish dengan perancangan Farid. Terbeliak matanya.

Serentak itu juga dia memusingkan badan melihat Farid. "Kau dah gila..??" 
Farid hanya menggelengkan kepala. Tangannya diselukkan ke dalam poket.

"Senangkan kau buat rancangan!!? Kau ingat aku ni apa? Anak patung? Bila kau suka, kau belai aku. Bila kau tak suka, kau campak aku! Sakit hati ni masih ada lagi bila kau sedap-sedap je kutuk aku, perlekehkan aku depan kawan-kawan kau!! Sampai bila-bila pun aku tak kan terima kau la Farid...!! Aku tak nak kawin dengan kau dan tak akan kawin dengan kau...!! Faham..!!!" Elish melampiaskan amarahnya.

Farid tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia hanya bersahaja. Itu yang membuatkan Elish bertambah bengang. Lama dia mendiam dan kemudian dia bersuara.

"Aku tahu aku salah dan aku minta maaf sangat-sangat. Aku buat semua tu, sebab aku sayangkan kau. Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau. Aku sanggup ambil risiko kalau kau bencikan aku sampai mati pun, aku tak kisah. Asalkan aku boleh jumpa kau, boleh tengok muka kau. Nampak kau sekali dalam satu hari pun dah cukup bagi aku. Kau tahu tak, betapa aku rindu sangat kat kau, bila kau tak ada kat sekolah. Aku tak boleh jumpa kau, aku tak boleh tengok muka kau. Seksa rindu tu, aku yang tanggung dan kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau boleh bencikan Lish, terpulang pada kau tapi kau tak boleh halang cinta aku pada kau. Aku cuba, aku cuba bukan aku tak cuba. Aku cuba untuk sayangkan kekasih aku yang sekarang, tapi aku tak mampu sayangkan dia kalau aku sayang kau lebih dari segalanya!" Tanpa disangka-sangka, air mata berjujuran di pipi Farid. Sungguh terkelu lidah Elish untuk berkata-kata.

Farid mengelap air matanya dengan jari. "Tak pela, kau rehat. Aku nak kemaskan barang." Farid berlalu dari situ dan meninggalkan Elish yang tercengang-cengang.

Kemudian Elish masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Dia masih terfikirkan apa yang Farid katakan sebentar tadi. Sungguh dia tak sangka, Farid lelaki pujaannya ketika dulu sememangnya menyayangi dia. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju seolah-olah cinta lama berputik kembali.

Tapi apabila fikir-fikirkan balik, dia tak boleh menyerah begitu saja. Cara Farid untuk mendapatkan dia, sememangnya salah. Dia nekad untuk lari dari rumah itu dengan segera kalau tidak esok pasti dia sudah dinikahkan dengan Farid.

"Selesai dah masalah kau dengan bakal isteri..?" Sambil tersengih-sengih Ash bertanya.
"Bodoh la kau. Dah." Farid menolak kepala Ash. Sengal punya member!
"Akim mana?" Farid tercari-cari Akim yang sudah menghilangkan diri.
"Akim. Pergi merokok la tu." Fazlan yang sedap baring di atas sofa sambil menonton tv menjawab.
"Aku nak kait buah kelapa, siapa nak ikut?" Farid bangun dan menuju ke pintu.
"Aku nak." Ash juga bangun dan bersiap-siap untuk turun.
"Korang tak nak ikut ke?" Farid menoleh melihat Fazlan, Syah dan Riz.
"Korang pergi la, kami nak pergi kebun Pak Din kejab lagi. Nak ambil buah sikit." Fazlan jawab bagi pihak mereka bertiga.
"Habis tu siapa nak jaga Elish?" Ash pula bertanya.
"Akim dengan Aiman kan ada. Diaorang la tengok-tengokkan Lish." Riz pula yang bersuara.
"Hah, mana si Aiman?" Farid menyarungkan selipar sambil bertanya.
"Toilet." Jawab Syah sepatah.

Elish melekatkan telinganya di pintu untuk mencuri-curi dengar perbualan Farid dan rakan-rakannya. Apabila rasa semuanya sudah tidak ada di ruang tamu itu, Elish perlahan-lahan membuka pintu dan menyusup keluar. Elish mengendap-ngendap di luar rumah dan memastikan mereka berlima sudah hilang dari pandangan. 

Perlahan-lahan Elish menuruni tangga rumah tapi dia tak sedar Akim sedang merokok di bawah rumah. Akim yang ternampak sepasang kaki menuruni tangga rumah itu sudah mula syak sesuatu. Kalau kaki Mak Mah takkan bergetah macam tu? 

Akim perlahan-lahan mendekati pemilik sepasang kaki itu, apabila dia,mendekati dia ternampak Elish yang hendak menyarung selipar. 

"Woi! Kau nak lari erh..??" Akim buang putung rokok di tangan dan berlari mendekati Elish. 

Elish yang terkejut disergah sebegitu, terus berlari dengan berkaki ayam. Dia sendiri pun tak tahu kemana kakinya menghala.

Elish yang terus berlari tanpa menoleh ke belakang mendengar Akim menjerit memanggil rakan-rakannya yang lain. Lama kelamaan, dari satu suara hingga bingit telinga Elish dengan jeritan dari tujuh lelaki yang sedang mengejarnya. Mereka menyuruhnya berhenti.

Tanpa sedar Elish sudah jauh berlari masuk ke dalam hutan. Elish berhenti sebentar untuk menghilangkan lelah. Peluh yang memercih di seluruh muka, dilapnya dengan belakang tangan. Apabila merasa mereka semakin dekat, Elish meneruskan lariannya sehingga sampai di tepi tebing jurang. 

Elish buntu. Dia sudah tiada jalan untuk lari lagi. 

"Elish. Kau jangan buat kerja gila!" Farid orang pertama yang sampai dulu. 
"Siapa yang gila?!! Kau ke aku?" Elish menjerit.
"Kita boleh bawa bincang. Tak payah la kau nak lari macam ni." Farid masih cuba memujuk Elish.
"Aku tak nak!!" Elish masih dengan nekadnya.

Kemudian datanglah Riz, Aiman, Fazlan, Akim, Syah dan Ash yang tercunggap-cunggap. Elish semakin gelabah. Dia sekarang disekelilingi oleh mereka bertujuh. Elish mengundur ke belakang. 

"Elish... Kau cuba bertenang! Tarik nafas dulu." Fazlan pula cuba untuk memujuk.
 
Elish semakin lama semakin mengundur ke belakang dan malangnya, kakinya tersangkut di akar pokok yang menjalar di lantai hutan dan jatuh ke dalam jurang itu.

"Aah...!!"

Debub!!

"Aduh...!" Elish menggosok dahinya. Dia membuka mata dan cuba ingat kembali apa yang terjadi.

"Ya Allah. Aku mimpi rupanya! Ha ha ha.." Elish mengketawakan dirinya sendiri. Dia kemudian bangun dan bersiap untuk ke sekolah.

Sampai di depan kelas, Elish nampak Farid yang sedang ketawa dengan Akim dan Ash. Malu sendiri rasanya apabila teringatkan mimpinya semalam. Dia terus ke meja dan duduk di tempatnya. 

"Kau pahal..? Merah muka-muka?" Tiba-tiba Fatin datang menegur.
"Merah ke?" Elish memengang kedua-dua pipinya.
"Merah doo..! Ha ha ha.. Tu Farid tengok je kat kau." Fatin menjuihkan bibirnya ke arah Farid di belakang.

"Biarlah." Semakin memerah muka Elish. Ditunduknya muka kerana malu. Tanpa sedar dia sudah tersenyum gembira.

Tanpa sesiapa sangka juga, Farid terus memerhatikan Elish dan gerak geri gadis itu. Tersenyum dia dengan Elish yang sudah memerah muka.





Wednesday, 28 September 2016

Cerpen-Hilang (Sambungan) 6

Edit Posted by with No comments

Di Kampung Permai...

Elish mengetuk pintu bilik yang selama seminggu sudah dia menginap. Mak Mah berlari anak ke bilik Elish. Mak Mah membuka kunci pintu bilik itu dan Elish dari dalam bilik, keluar dengan tuala disangkut dibahu. Mak Mah mengekori langkah Elish hingga ke muka pintu bilik air. Setelah Elish masuk ke dalam bilik air, Mah Mah meneruskan kerjanya di dapur. Dia perlu menyediakan makan tengahari dengan banyak kerana, Farid sudah memaklumkan kepadanya bahawa Farid dan dua orang rakannya akan datang.

Silang lima belas minit kemudian, dengar pintu bilik air terbuka. Mak Mah segera mendapatkan Elish yang sudah keluar dari bilik air. Takut-takut gadis itu melarikan diri pula. Terkedek-kedek Mak Mah lari menghampiri Elish. Elish yang nampak kelibat Mak Mah berlari mendekatinya melalui ekor mata, mengeluh geram. Tak habis-habis ikut aku.

Elish masuk saja dalam bilik, Mak Mah mengunci pintu bilik itu dengan segera. Elish panjat katil bersaiz besar itu. Duduk dia di tengah-tengah atas katil dengan memeluk kaki yang dibawa ke dada. Diletak dagunya atas lutut yang hampir dengan muka. Lama. Matanya hanya memandang almari baju di depan mata dengan pandangan kosong. Kenapa kau buat aku macam ni Farid? Benci sangat ke kau kat aku?  Ibu...!!

Tiba-tiba Elish terfikirkan keluarganya di rumah. Terus mendadak air matanya mengalir membasahi pipi tembamnya. "Ibu, akak rindu dekat ibu..!"

Elish menyembamkan mukanya di atas lutut. Menangis dia semahu-mahunya. Menangis bukan kerana sedih, menangis kerana terlalu marah dengan sikap Farid dan rakan-rakan. Perlu ke nak tangkap aku dan bawa aku ke sini? Tempat yang asing bagi aku! Perlu ke nak seksa aku dengan sebegini rupa? Elish panggung kepala dan tidur mengerekot di tempat di duduk.

Sedar tak sedar Elish tertidur dalam sendu sedan di atas katil itu.

Pada jam empat dua puluh minit petang, Farid, Ash dan Fazlan tiba di perkarangan rumah kayu itu.

"Assaalmualaikum, Pak Din." Ash menegur Pak Din yang sedang mengasah parang di depan halaman rumah. Pak Din yang merasakan kehadiran orang, memanggung kepala melihat Ash. Tersenyum orang tua itu melihat Ash yang sudah mencangkung disisinya.

"Pergi lah naik ke atas nak. Nanti Mak Mah boleh sediakan air buat kamu bertiga." Kata Pak Din.
"Tak pela Pak Din, saya nak duduk ke luar ambil angin." Balas Ash pula.

Berkerut dahi Pak Din. Dia menoleh ke belakang dan melihat punggungnya. Ash yang melihat juga berkerut dahi. Dah kenapa pulak orang tua ni.

"Apa yang berangin pulak dah?" Tanya Pak Din.

"Apa yang beranginnya Pak Din?" Ash semakin pelik dengan perangai Pak Din.

"Mana ada jin kat sini. Kamu ni, mengarut la!" Marah Pak Din. Kemudian Pak Din bangun dan masuk ke dalam rumah.

Tinggal Ash terpinga-pinga di tempat Pak Din itu. Farid dan Fazlan yang sedari tadi hanya memasang telinga, ketawa berdekah-dekah melihat keadaan Ash. Tak pasal-pasal kena marah dengan Pak Din.
Ash menoleh ke arah Farid dan Fazlan di tepi kereta. Geram pulak dia tengok mereka berdua seronok mengetawakan dia. "Gelak, gelak. Kalau aku tumbuk muka sorang-sorang berderai gigi jatuh." Ash menunjuk penumbuk ke arah Farid dan Fazlan.

"Rilex la. Tau nak angin je kau!!" Fazlan menenangkan Ash. Ash tak ambil pusing. Dia terus menanggalkan kasut dan panjat tangga rumah.

"Eh, kau nak ke mana?" Farid bertanya.

"Naik la." Jawab Ash acuh tak acuh.

"Beg kau?" Fazlan pula bersuara.

"Angkat la." Ash sengaja membuli dua orang itu. Gelak kat aku lagi, hah angkat la beg aku yang berat tu. Ha ha ha ha....

Tuesday, 9 August 2016

Novel yang kedua selepas Hilang

Edit Posted by with No comments
PENGALAMAN DIKECEWAKAN

Memang ini tiada kaitan dengan novel-novel saya tapi saya nak kongsikan satu cerita yang dimana saya boleh menghasilkan cerpen Hilang. Cerpen pertama saya semasa di bangku sekolah menengah.
Perasaan yang sakit kerana dikecewakan, dihina, disakiti, dimaki, dikutuk sangat memeritkan hati sampaikan saya mula menulis cerita yang menyayat hati. Tajuknya yang diberi Hidupku Hanya Untuk Dihina ?

Kisahnya dimana ada seorang gadis yang tidak begitu cantik pada pandangan lelaki namun nampak comel dan baik hati pada pandangan guru-guru di sekolahnya. Gadis itu seorang yang pemalu dan mempunyai lima orang rakan yang selalu menyokong apa saja minatnya. Dalam diam gadis yang diberi nama Hayatul Hanizah itu meminati seorang lelaki yang sama kelas dengannya. Lama dia memendam rasa hati kepada lelaki itu namun apabila terbongkarnya rahsia yang disimpan itu, lelaki yang Hanizah minat semakin lama semakin menjauhkan diri dari Hanizah.

Bukan saja menjauhkan diri malah menyakitkan hati Hanizah dengan mengutuk dirinya pada lelaki-lelaki lain. Sedih, kecewa, marah bercampur menjadi satu. Hanizah sangka lelaki sebaik itu tidak akan menyakitkan hati seorang gadis sepertinya namun salah sama sekali. Dimulut ingin membenci namun apakan daya Hanizah begitu sayang kepada lelaki itu. Kerana perubahan masa, Hanizah berubah demi kebahagiaannya.

Saya tak nak ceritakan kisah ini dengan lebih lanjut. Saya akan upload cerita ni nanti. Buat masa sekarang saya akan upload sampai habis novel Ibu, Angah Dah Jatuh Cinta ! Sekarang ni saya tengah sibuk dengan assaigment yang menimbun. Maaf atas kekangan itu...


Sampai berjumpa lagi, Assalamualaikum ...!!!

Thursday, 28 April 2016

Perubahan

Edit Posted by with No comments

Assalamualaikum. Maaf la semua pembaca.Kat sini yaya cuma nak cakap ada sedikit perubahan pada novel Suamiku Anak Ibu!

Jalan ceritanya ditukar sedikit kerana yaya rasa ada terkurang sesuatu.Tajuk cerita juga ditukar.Maaf kalau buat semua tertunggu-tunggu sambungannya.

Kalau sudi boleh baca dari awal bab.Sekali lagi yaya minta maaf kalau menyusahkan semua pembaca.

Jangan marah-marah nanti kena juai haaha xoxo Love you...Muaah!!!

Ouh lupa nak mention.Tajuk barunya - Ibu,Angah Dah Jatuh Cinta.

Salam sayang dari Hidayah Shahrin.

Saturday, 16 April 2016

Cerpen-Hilang(Sambungan)4

Edit Posted by with No comments
Di sekolah Taman Sari...

       Rakan-rakan Elish gelisah menanti kehadiran Elish. "Mana dia ni?" Ella ke hulu ke hilir di depan meja guru. Salmi yang baru sampai berkerut dahi melihat rakan-rakannya. "Kenapa ni?" Ella yang mundar mundir di hadapan ruangan kelas. Fatin pula duduk di meja guru dan kepalanya ditongkatkan dengan tangan. Jarinya mengetuk-ngetuk meja itu. Gayanya seakan berfikir masalah negara. Manakala Fisya pula sudah selamat ke alam mimpi. Badan disandarkan pada dinding dan kepalanya terdongak dicermin dengan mulut ternganga. Armi? Jangan tanya sama naik saja dengan Fisya. Membuta saja kerja mereka pada awal pagi. 

     Setelah meletakkan beg sekolah di atas kerusi dia mendekati Ella dan Fatin dihadapan kelas. "Kenapa ni?" Diulang sekali lagi soalan yang sama. Fatin berasa serba salah. Dia menarik nafas untuk memberi semangat dan kekuatan kepadanya untuk menceritakan perihal Elish semalam. Dia sendiri pun terkejut dengan apa yang terjadi.  Semalam selepas selesai tugasnya, dia dan rakan-rakan basikal yang lain pergi mencari Elish di tempat letak basikal. Apa yang menanti mereka amat mengejutkan. Basikal Elish jatuh menyembah bumi, fail dan botol air berselerak di atas lantai. Beg sekolah Elish juga ada disitu. Yang paling mengejutkan mereka sebelah kasut Elish juga tertanggal dan berada tidak jauh dari basikalnya. Diceritakan dari A sampai Z kepada Salmi. 

     Salmi yang mendengar cerita Fatin sudah hilang pertimbangan. "Macam mana boleh jadi macam tu? Semua dah tau ke?" Dia pulak yang ke hulu ke hilir. Ella sudah duduk di kerusi sebelah Fatin. Dahinya digosok. Tabiat kalau dia tengah gelisah. Tanpa mereka sedar Ash sedari tadi memerhati tiga sekawan itu berborak. Ash tersenyum sinis. 

      "Asal tu?" Akim yang baru tiba, bertanya. 
      "Dok tunggu budak yang kena culik semalam." Mereka ketawa suka hati. 

      
Di kampung Permai... 

     Elish sudah bermandi peluh. Badannya sudah melekit kerana semalaman tidak mandi. Dia berpusing-pusing di atas katil itu. Digolek-goleknya kiri kanan. Seketika kemudian datang Mak Mah dengan sedulang makanan. Dulang itu diletakkan di atas meja. "Nak,  mari makan. Anak mesti laparkan." Mak Mah mempersila Elish makan. Bersinar-sinar mata Elish melihat semangkuk laksa di dalam dulang itu. Diambil laksa dan menyuap dengan lahap sekali. "Macam mana Mak Mah tahu saya suka laksa?" 

      "Mak Mah tak tahu pun. Bakal suami kamu yang beritahu tadi." Jawab Mak Mah. 

      Dengar saja perkataan 'bakal suami' automatik makanan yang masih di dalam mulut tersembur keluar dan mengena muka Mak Mah. "Kamu ni kenapa??!" Mak Mah menengking Elish. Merah padam muka dia. Ternganga Elish dengan tindakan sendiri. "Maaf Mak Mah. Saya tak sengaja." Elish memohon maaf. Mak Mah terus berlalu keluar bilik dengan perasaan marah. Termanggu Elish sendirian memikirkan tindakannya. Tidak lama kemudian.... 

     "Kah kah kah." Berderai air mata Elish kerana mentertawakan Mak Mah. Lucu pula melihat muka Mak Mah penuh dengan sisa-sisa laksa. 

      "Padan muka, tu la buat jahat lagi."

      Petang itu, Farid datang bersama Fazlan dan Ash menaiki Myvi putih milik Fazlan ke kampung Permai. Sampai di rumah papan itu, Farid keluar dan memberi salam. Salamnya disambut oleh Mak Mah. 
      "Farid, Elish tu rasa dah rimas sebab tak mandi dari semalam lagi." Mak Mah mengadu kepada Farid. 
      "Tu yang saya bawa baju untuk Elish. Saya tahu mesti dia tak selesa." Farid mengangkat beg plastik yang tertara nama Adidas di tepi telinganya. 

     Dia kemudian masuk ke dalam rumah, manakala Mak Mah ditinggalkan di bawah bersama Ash dan Fazlan. Dia memulas tombol pintu dan menolaknya. Dilihatnya Elish sedang menilik mukanya dicermin. "Elish." Panggilnya. Elish mengalihkan badannya dan alangkah terkejutnya dia melihat lelaki didepannya. 

      "Kenapa kau bawak aku kesini?" Elish mula meninggikan suaranya. Mendadak darahnya melihat lelaki itu. 

      "Aku sayangkan kau. Aku nak kahwin dengan kau, Lish." Mendatar suara Farid. Tiada guna lagi memyembunyikan niatnya kepada Elish sedangkan Elish sudah ada dalam gengaman. 

      "Kau gila ke apa? Memang tak akan aku kahwin dengan kau la mangkuk.!!!" Jerit Elish nyaring.

     Jeritannya mengejutkan Mak Mah,  Ash dan Fazlan di luar rumah. 

      "Nak tak nak kau kena kahwin juvak dengan aku. Muktamad." Farid mencampak beg plastik ditangannya ke atas katil dan berlalu pergi. 

     "Aku tak nak kahwin! Aku tak nak kahwin!!!" Jeritan Elish bergema di setiap ruang dalam rumah itu. 

     Farid menyandarkan belakangnya di luar bilik Elish. Mengalir air mata jantannya ke pipi. Aku sayang kau sampai aku mati. Selamanya.  

      

Cerpen-Hilang(sambungan)3

Edit Posted by with No comments
               

Elish menangis di dalam bilik itu.  Diketuk-ketuk juga pintu itu. "Makcik, lepaskan saya. Saya nak balik." Kakinya diangkat keparas dada dan kepalanya ditundukkan. Tidak lama kemudian, Mak Mah datang kembali ke bilik Elish sambil menatang dulang makanan. 

     Apabila Elish merasakan pintu dibuka dari luar dia bangun berdiri.  Diundur kebelakang dua tiga tapak.  Muncul Mak Mah dengan satu dulang ditangan. "Mari makan nak." Dulang itu diletakkan ke atas katil. Elish hanya melihat dari jauh. 

     "Jangan risau la sayang, Mak Mah tak letak racun pun dalam nasi goreng tu." Mak Mah tahu apa yang bermain difikiran Elish.  Elish mendekati Mak Mah walaupun ada sedikit perasaan ragu-ragu kepada orang tua itu. Tapi disebabkan hatinya jenis yang lembut dia tidak sanggup menyusahkan orang tua itu.  

      "Mak Mah, Elish nak makan?" Elish menoleh melihat Mak Mah disebelah setelah terliur melihat masakan Mak Mah. Aromanya menyengat hidung. "Makan la nak. Memang Mak Mah masak untuk Elish pun."

       Terus ditangkapnya pingan itu dan duduk di atas katil. Nasi itu disuapkan ke dalam mulut dengan rakus sekali. Lapar. Ya dia sedang kelaparan. Sedih Mak Mah melihat nasib Elish. Sudah la diculik, kelaparan pula tu. 

      "Mak Mah sedapp nasik goreng nii...!" Dengan nasi yang masih di dalam mulut, Elish berusaha juga untuk bercakap. Habis tersembur-sembur ke muka Mak Mah. 

       "Isk kamu ni,  pengotor lah.!!!"Mak Mah mengabus-ngabus mukanya yang terlekat nasi akibat disembur oleh Elish. Dia berlalu keluar sambil membebel marah.Merah muka orang tua itu menahan sakit di hati. 

       Elish masih lagi boleh tersengih-sengih kerana dapat memperdajalkan orang tua itu. "Ha ha ha padan muka."

Thursday, 7 April 2016

Cerpen-Hilang(sambung) 2

Edit Posted by with No comments
                                 

     Beberapa jam kemudian, mereka sampai di satu kampung, Kampung Permai. Van putih itu membelok masuk ke dalam kawasan rumah papan yang dimana satu pasangan suami isteri yang sudah tua menanti kehadiran mereka. Aiman memberhentikan van di depan rumah papan itu. 

    Farid turun mendahului yang lain. Dia mendekati pasangan itu. 

   "Assalamualaikum, Mak Mah. Sihat?" Farid menyalami tangan Mak Mah dan suaminya, Pak Din. Diikuti Aiman, Ash dan Fazlan. 

   "Waalaikummusalam. Sihat je Farid. Hah mana kawan yang kamu ceritakan tu?" Mak Mah tercari-cari kelibat kawan Farid yang dikatakan akan menumpangi rumah itu sementara waktu.

    "Ada je Mak Mah. Kejab er." Farid kemudian masuk ke dalam van semula dan kembali kepada pasangan itu dengan mendukung Elish yang sudah pengsan.

   "Ya Allah!! kenapa dengan kawan kamu ni Farid?" Mak Mah terkejut amat bila melihat keadaan Elish itu. 

    Farid menoleh melihat rakan-rakannya. Mereka bertiga buat-buat tidak nampak jelingan Farid. Tak nak ambil tahu!! Terdetik perkataan itu dalam hati mereka bertiga.

    Aiman pura-pura  menilik telefonnya. Ash pula pura-pura membelek batang pokok kelapa yang tinggi galah itu. Apa kejadah tah, dok belek pokok kelapa tu! Manakala Fazlan sengaja mengajak Pak Din berborak sedangkan dia tahu Pak Din itu pekak. Tapi dilayan jugak pekak orang tua itu.

    Farid geram dengan perangai rakan-rakannya. Tak pa, tak pa. Nanti korang!! Dia menoleh melihat Mak Mah yang jelas kerisauan pada wajah tua itu.

    "Tak ada apa la Mak Mah. Excident sikit je. He he he!" Dia kemudian meminta izin untuk membawa masuk Elish. Berat! Farid membaringkan Elish di atas katil bersaiz besar di dalam salah satu bilik dalam rumah itu.

    Farid membuka tudung sekolah yang masih dipakai oleh si gadis. Rambut yang terikat di lepaskan. Juntaian rambut yang panjang itu diusap dengan lembut. Sayangnya pada si gadis begitu kuat sehingga dia mengambil keputusan untuk menikahi Elish.

    "Maafkan aku. Bukan niat aku nak sakiti kau. Bukan niat aku nak menjauhkan kau dari keluarga kau. Tapi sebab aku sayang sangat kat kau. Banyak halangan untuk kita bersama sayang!!" Selepas itu Farid keluar ke halaman rumah dan meminta izin untuk pulang.

    Selepas kelibat van putih itu hilang dari pandangan, Pak Din juga menapak pulang ke rumah. Tinggallah Elish dan Mak Mah di rumah itu.



    Langit yang cerah mula menenggelamkan cahaya petang. Waktu malam mula menginjak. Jarum jam pendek menunjuk ke angka 7. Elish yang pengsan mula menyedarkan diri. "A,ah!" Di pegang pipinya yang agak kebas itu. Sakitnya masih terasa walaupun tak banyak. 

    Dilihatnya sekeliling bilik. "Aku kat mana ni?" Elish mula cuak. Kemudian dia teringat kembali peristiwa Farid yang menculiknya. "Ah, Farid!!" Kemudian dia berlari ke pintu bilik. Dipulasnya tombol pintu. Kunci!

    "Farid!! Farid!! Woi lepaskan aku la!!" Elish menjerit memanggil nama Farid.

    Tiba-tiba pintu itu terbuka dari luar. Elish semakin cuak. Diundurnya kebelakang. "Kenapa jerit waktu maghrib-maghrib ni?" Terjenggol wajah Mak Mah yang sedia bertelekung untuk menunaikan solat maghrib.

   "Mak cik ni siapa?" Terketar-ketar nada Elish. Terkejut dengan serba putih Mak Mah.

    "Panggil je Mak Mah. Mak Mah yang akan jaga Elish sepanjang keberadaan Elish kat sini." Jawab Mak Mah tersenyum manis.

    Elish masih ragu-ragu dengan Mak Mah. Dah la tak kenal, bersubahat dengan jantan tak guna pulak tu! Maki Elish dalam hati. "Mak cik saya nak balik!" Rayu Elish.

    Mak Mah serba salah. Memang salah kalau menculik anak dara orang ni. Tapi dia sendiri tiada pilihan lain. Mak Mah sayang sangat dengan cucu kawannya itu, Farid. Farid juga terlalu manja dengan dia. "Mak Mah tak boleh lepaskan Elish. Nanti Farid marah." Jawab Mak Mah perlahan.

    Dengar saja nama itu, membuatkan Elish naik minyak. "Apa kena mengena Mak Mah dengan jantan tu?" Bentak Elish keras.

     "Dah la Elish berehat ye! Elish duduk sini tak lama pun, sampai Elish selamat bernikah dengan Farid je." Terbeliak mata Elish. Mulutnya ternganga luas. Kahwin?? Tak mungkin!!!!

     "Kahwin? Siapa nak kahwin? Saya tak nak kahwin la!!!" Elish semakin membentak.

    "Dah la. Mak Mah nak pergi solat kejab. Kamu duduk sini diam-diam." Kemudian Mak Mah menutup pintu dan menguncinya dari luar. 

    Elish meluru ke pintu. "Makcik!! Makcik!!! Lepaskan saya!! Makcik!!!!!" Jeritnya nyaring. Pintu diketuk-ketuk kuat.