Thursday, 7 April 2016

Cerpen-Hilang(sambung) 2

Edit Posted by with No comments
                                 

     Beberapa jam kemudian, mereka sampai di satu kampung, Kampung Permai. Van putih itu membelok masuk ke dalam kawasan rumah papan yang dimana satu pasangan suami isteri yang sudah tua menanti kehadiran mereka. Aiman memberhentikan van di depan rumah papan itu. 

    Farid turun mendahului yang lain. Dia mendekati pasangan itu. 

   "Assalamualaikum, Mak Mah. Sihat?" Farid menyalami tangan Mak Mah dan suaminya, Pak Din. Diikuti Aiman, Ash dan Fazlan. 

   "Waalaikummusalam. Sihat je Farid. Hah mana kawan yang kamu ceritakan tu?" Mak Mah tercari-cari kelibat kawan Farid yang dikatakan akan menumpangi rumah itu sementara waktu.

    "Ada je Mak Mah. Kejab er." Farid kemudian masuk ke dalam van semula dan kembali kepada pasangan itu dengan mendukung Elish yang sudah pengsan.

   "Ya Allah!! kenapa dengan kawan kamu ni Farid?" Mak Mah terkejut amat bila melihat keadaan Elish itu. 

    Farid menoleh melihat rakan-rakannya. Mereka bertiga buat-buat tidak nampak jelingan Farid. Tak nak ambil tahu!! Terdetik perkataan itu dalam hati mereka bertiga.

    Aiman pura-pura  menilik telefonnya. Ash pula pura-pura membelek batang pokok kelapa yang tinggi galah itu. Apa kejadah tah, dok belek pokok kelapa tu! Manakala Fazlan sengaja mengajak Pak Din berborak sedangkan dia tahu Pak Din itu pekak. Tapi dilayan jugak pekak orang tua itu.

    Farid geram dengan perangai rakan-rakannya. Tak pa, tak pa. Nanti korang!! Dia menoleh melihat Mak Mah yang jelas kerisauan pada wajah tua itu.

    "Tak ada apa la Mak Mah. Excident sikit je. He he he!" Dia kemudian meminta izin untuk membawa masuk Elish. Berat! Farid membaringkan Elish di atas katil bersaiz besar di dalam salah satu bilik dalam rumah itu.

    Farid membuka tudung sekolah yang masih dipakai oleh si gadis. Rambut yang terikat di lepaskan. Juntaian rambut yang panjang itu diusap dengan lembut. Sayangnya pada si gadis begitu kuat sehingga dia mengambil keputusan untuk menikahi Elish.

    "Maafkan aku. Bukan niat aku nak sakiti kau. Bukan niat aku nak menjauhkan kau dari keluarga kau. Tapi sebab aku sayang sangat kat kau. Banyak halangan untuk kita bersama sayang!!" Selepas itu Farid keluar ke halaman rumah dan meminta izin untuk pulang.

    Selepas kelibat van putih itu hilang dari pandangan, Pak Din juga menapak pulang ke rumah. Tinggallah Elish dan Mak Mah di rumah itu.



    Langit yang cerah mula menenggelamkan cahaya petang. Waktu malam mula menginjak. Jarum jam pendek menunjuk ke angka 7. Elish yang pengsan mula menyedarkan diri. "A,ah!" Di pegang pipinya yang agak kebas itu. Sakitnya masih terasa walaupun tak banyak. 

    Dilihatnya sekeliling bilik. "Aku kat mana ni?" Elish mula cuak. Kemudian dia teringat kembali peristiwa Farid yang menculiknya. "Ah, Farid!!" Kemudian dia berlari ke pintu bilik. Dipulasnya tombol pintu. Kunci!

    "Farid!! Farid!! Woi lepaskan aku la!!" Elish menjerit memanggil nama Farid.

    Tiba-tiba pintu itu terbuka dari luar. Elish semakin cuak. Diundurnya kebelakang. "Kenapa jerit waktu maghrib-maghrib ni?" Terjenggol wajah Mak Mah yang sedia bertelekung untuk menunaikan solat maghrib.

   "Mak cik ni siapa?" Terketar-ketar nada Elish. Terkejut dengan serba putih Mak Mah.

    "Panggil je Mak Mah. Mak Mah yang akan jaga Elish sepanjang keberadaan Elish kat sini." Jawab Mak Mah tersenyum manis.

    Elish masih ragu-ragu dengan Mak Mah. Dah la tak kenal, bersubahat dengan jantan tak guna pulak tu! Maki Elish dalam hati. "Mak cik saya nak balik!" Rayu Elish.

    Mak Mah serba salah. Memang salah kalau menculik anak dara orang ni. Tapi dia sendiri tiada pilihan lain. Mak Mah sayang sangat dengan cucu kawannya itu, Farid. Farid juga terlalu manja dengan dia. "Mak Mah tak boleh lepaskan Elish. Nanti Farid marah." Jawab Mak Mah perlahan.

    Dengar saja nama itu, membuatkan Elish naik minyak. "Apa kena mengena Mak Mah dengan jantan tu?" Bentak Elish keras.

     "Dah la Elish berehat ye! Elish duduk sini tak lama pun, sampai Elish selamat bernikah dengan Farid je." Terbeliak mata Elish. Mulutnya ternganga luas. Kahwin?? Tak mungkin!!!!

     "Kahwin? Siapa nak kahwin? Saya tak nak kahwin la!!!" Elish semakin membentak.

    "Dah la. Mak Mah nak pergi solat kejab. Kamu duduk sini diam-diam." Kemudian Mak Mah menutup pintu dan menguncinya dari luar. 

    Elish meluru ke pintu. "Makcik!! Makcik!!! Lepaskan saya!! Makcik!!!!!" Jeritnya nyaring. Pintu diketuk-ketuk kuat.





Wednesday, 6 April 2016

Cerpen- Hilang

Edit Posted by with No comments

    Jam menunjukkan dua lima minit petang. Loceng Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sari bunyi untuk kali terakhir. Menandakan waktu sekolah sudah tamat. Laluan pintu pagar besar dikerumuni oleh para pelajar. Elish Amirah yang masih ada di dalam kelas mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja dan dimasukkan di dalam beg sekolahnya.


     Di dalam kelas 5 Ekonomi 1 itu hanya tinggal Elish seorang kerana Salmi, Ella, Armi, Fisya dan Fatin serta rakan sekelas yang lain sudah pulang. Elish berjalan pergi ke tempat letak basikal. Dia duduk di kerusi yang dimana selalu menjadi tempat lepak dia dan rakan-rakan basikalnya.


Elish akan pulang bersama Ain, Ikin, Fatin, Aisyah dan Fatimah. Ain, Aisyah dan Ikin adalah budak tingkatan tiga yang sudah lama datang dan pulang bersama Elish. Fatimah pula adalah rakan sama tingkatan dengan Fatin dan Elish namun tidak sama kelas. Fatimah kelas 5 Sains tetapi dia rapat juga dengan Elish.


     Lima minit berlalu namun masih tiada tanda-tanda kemunculan Ain, Aisyah dan Fatimah. Elish pun mengambil keputusan untuk pulang awal. Selalunya mereka akan pulang pada jam dua tiga puluh minit kerana menunggu Ikin dan Fatin habis bertugas. Mereka berdua pengawas sekolah. Setiap hari mereka semua akan pulang lewat.


      Entah mengapa hari itu Elish berasa malas untuk menunggu lama, dia pun berjalan ke tempat letak basikal seorang diri. Sampai saja di tempat letak basikal, Elish terperasan akan kewujudan sebuah van putih berdekatan dengan tempat basikal. Elish berasa pelik.


    "Bila masa pulak ada van kat sini?" Tanyanya hairan.

"Ehm, lantak la. Bukan masalah aku." Elish menjongket bahunya. Tanda dia tidak peduli akan kewujudan van itu.


     Tanpa Elish sedari tiba-tiba dua orang lelaki turun dari van putih itu dan diam-diam mendekati Elish. Salah seorang dari mereka menekup mulut Elish dari belakang dan seorang lagi memengang kaki Elish. Elish meronta-ronta untuk dilepaskan. Ketika itu kawasan tempat letak basikal sunyi tanpa penunggang basikal yang lain.


     Akibat rontaan Elish, basikalnya jatuh terbaring ke lantai. Botol air dan fail yang diletakkan di dalam bakul jatuh terkeluar. Sebelah kasut Elish tertanggal. Mereka berdua mengangkat Elish dan membawa masuk ke dalam van putih itu. Di dalam van itu ada dua orang lagi lelaki yang juga pelajar di sekolah itu.


     "Korang ni gila ke?" Elish menjerit marah. Siapa yang tidak marah diperlakukan sebegitu rupa.


   "Diam la!" Farid menjerkah Elish.


    Farid lelaki yang pernah, Elish menaruh minat sedari kecil. Pelajar lelaki tingkatan 5 MPV. Dulu mereka memang rapat. Ibu bapa Farid teman rapat dengan ibu bapa Elish. Semua benda mereka lakukan bersama. Namun selepas terjadinya satu peristiwa dimana Farid telah membuat Elish berasa kecewa dan sedih. Elish dapat tahu Farid sedang hangat bercinta dengan budak tingkatan empat MPV. Farid dan perempuan itu sudah bercinta selama dua tiga tahun. Sejak itu Elish mula menjauhkan dirinya dengan Farid. Dengan cara itu saja hatinya tidak terluka.


     Elish juga menaruh perasaan benci kepada Farid kerana permainkannya. Tidakkah Farid nampak sayangnya dia kepada lelaki itu?


    "Woi, jalan cepat." Arah Farid kepada temannya yang duduk di tempat pemandu. Aiman hanya menurut. Dengan berhati-hati dia memandu keluar dari kawasan sekolah dan tidak mendatangkan kecurigaan kepada pengawal atau mana-mana guru di sekolah itu.


    "Eh, korang nak bawa aku ke mana ni?" Elish mula gelabah. Kiri kanan dia toleh. Wei, mereka nak apa dari aku ni?


    "Kau boleh diam tak?" Farid menarik kepala Elish ke atas ribanya. Budak ni tak reti nak duduk diam la. Elish meronta kasar. Lemas.


     Farid tidak sedar yang dia menekup muka Elish di atas ribanya. Terlalu berhati-hati dengan keadaan sekeliling sehingga hampir melemaskan anak dara orang. Elish bagai nak mati meronta untuk dilepaskan. Dia ni nak bunuh aku ke?


    Tangannya menampar-nampar paha Farid. Farid yang masih tidak sedar dengan tingkahnya, berfikir Elish menampar-nampar pahanya kerana mahu melepaskan diri dan keluar dari van mereka. Tapi kenapa tak bersuara. Hanya deru nafas seperti menderam saja dia dengar.


    Fazlan yang duduk di kerusi belakang, tersenyum senget dengan tingkah Elish dan Farid yang duduk di kerusi depannya. Macam-macam perangai!


    Keluar saja dari kawasan sekolah, Farid mengalihkan perhatiannya kepada Elish. Terkejut dia melihat muka Elish yang dia tekup dipaha sendiri. Dia kemudian melepaskan kepala Elish. Elish cepat-cepat bangun. Dia bernafas ikut mulut kerana terlalu kurang oksigen. "Kau nak bunuh ke apa?"



     "Sorry..." Farid tersengih dengan silapnya.


     Menyampah aku! Elish menjeling geram kepada Farid. "Lepaskan aku la!!" Jerit Elish.


    "Diam la." Farid menekankan suaranya.
    "Lepas, lepas, lepas!!" Jerit serta rontaan Elish membuatkan mereka berempat mula gelabah.


    Pang!


    Tanpa sengaja Farid menampar pipi Elish. Terkejut Ash, Aiman dan Fazlan. Farid lah orang yang paling terkejut dengan tindakannya.


     "Kau gila ke apa? Anak dara orang kau tampar tu!" Fazlan memarahi Farid.


     Farid yang sedang gelabah naik tangannya di bawah hidung Elish. Tangan dirasakan nafas hangat dari Elish. Serta merta dia menghembus nafas lega.


      "Macam mana? Mati ta
k lagi?" Aiman sengaja menyakat Farid. Farid kalau dah gelabah, tak ingat dah tindakan dia wajar atau pun tidak.


     Mana ada orang mati disebabkan kena penampar. Farid merenung tajam kepada Aiman dari belakang. Saja nak sakat aku!



     "Hidup lagi la!!" Katanya kasar.


      Mereka semua ketawa bagai nak gila. Farid sudah membahang mukanya.










        Pada jam empat lima minit petang

   







Saturday, 12 March 2016

Nak tulis cerpen!

Edit Posted by with No comments
   Hai. Assalamualaikum. Yaya rasa yaya nak tulis cerpen la. Okey, yaya tau Suamiku Anak Ibu! tu belum habis lagi tapi jangan risau bab 5 akan menyusul.


Tapi untuk kali ini yaya nak buat cerpen. Cerpen ni bertajuk Hilang. Hilang ini adalah karya penulisan pertama yaya. Yaya mula buat cerpen ni masa form 5.


Disebabkan dorongan dari kawan-kawan sekolah yaya mula menulis e-novel. Kiranya Suamiku Anak Ibu! ni adalah e-novel yang ketiga yaya dah buat.




Nanti yaya tulis cerpen tu ok.!!