Di Kampung Permai...
Elish mengetuk pintu bilik yang selama seminggu sudah dia menginap. Mak Mah berlari anak ke bilik Elish. Mak Mah membuka kunci pintu bilik itu dan Elish dari dalam bilik, keluar dengan tuala disangkut dibahu. Mak Mah mengekori langkah Elish hingga ke muka pintu bilik air. Setelah Elish masuk ke dalam bilik air, Mah Mah meneruskan kerjanya di dapur. Dia perlu menyediakan makan tengahari dengan banyak kerana, Farid sudah memaklumkan kepadanya bahawa Farid dan dua orang rakannya akan datang.
Silang lima belas minit kemudian, dengar pintu bilik air terbuka. Mak Mah segera mendapatkan Elish yang sudah keluar dari bilik air. Takut-takut gadis itu melarikan diri pula. Terkedek-kedek Mak Mah lari menghampiri Elish. Elish yang nampak kelibat Mak Mah berlari mendekatinya melalui ekor mata, mengeluh geram. Tak habis-habis ikut aku.
Elish masuk saja dalam bilik, Mak Mah mengunci pintu bilik itu dengan segera. Elish panjat katil bersaiz besar itu. Duduk dia di tengah-tengah atas katil dengan memeluk kaki yang dibawa ke dada. Diletak dagunya atas lutut yang hampir dengan muka. Lama. Matanya hanya memandang almari baju di depan mata dengan pandangan kosong. Kenapa kau buat aku macam ni Farid? Benci sangat ke kau kat aku? Ibu...!!
Tiba-tiba Elish terfikirkan keluarganya di rumah. Terus mendadak air matanya mengalir membasahi pipi tembamnya. "Ibu, akak rindu dekat ibu..!"
Elish menyembamkan mukanya di atas lutut. Menangis dia semahu-mahunya. Menangis bukan kerana sedih, menangis kerana terlalu marah dengan sikap Farid dan rakan-rakan. Perlu ke nak tangkap aku dan bawa aku ke sini? Tempat yang asing bagi aku! Perlu ke nak seksa aku dengan sebegini rupa? Elish panggung kepala dan tidur mengerekot di tempat di duduk.
Sedar tak sedar Elish tertidur dalam sendu sedan di atas katil itu.
Pada jam empat dua puluh minit petang, Farid, Ash dan Fazlan tiba di perkarangan rumah kayu itu.
"Assaalmualaikum, Pak Din." Ash menegur Pak Din yang sedang mengasah parang di depan halaman rumah. Pak Din yang merasakan kehadiran orang, memanggung kepala melihat Ash. Tersenyum orang tua itu melihat Ash yang sudah mencangkung disisinya.
"Pergi lah naik ke atas nak. Nanti Mak Mah boleh sediakan air buat kamu bertiga." Kata Pak Din.
"Tak pela Pak Din, saya nak duduk ke luar ambil angin." Balas Ash pula.
Berkerut dahi Pak Din. Dia menoleh ke belakang dan melihat punggungnya. Ash yang melihat juga berkerut dahi. Dah kenapa pulak orang tua ni.
"Apa yang berangin pulak dah?" Tanya Pak Din.
"Apa yang beranginnya Pak Din?" Ash semakin pelik dengan perangai Pak Din.
"Mana ada jin kat sini. Kamu ni, mengarut la!" Marah Pak Din. Kemudian Pak Din bangun dan masuk ke dalam rumah.
Tinggal Ash terpinga-pinga di tempat Pak Din itu. Farid dan Fazlan yang sedari tadi hanya memasang telinga, ketawa berdekah-dekah melihat keadaan Ash. Tak pasal-pasal kena marah dengan Pak Din.
Ash menoleh ke arah Farid dan Fazlan di tepi kereta. Geram pulak dia tengok mereka berdua seronok mengetawakan dia. "Gelak, gelak. Kalau aku tumbuk muka sorang-sorang berderai gigi jatuh." Ash menunjuk penumbuk ke arah Farid dan Fazlan.
"Rilex la. Tau nak angin je kau!!" Fazlan menenangkan Ash. Ash tak ambil pusing. Dia terus menanggalkan kasut dan panjat tangga rumah.
"Eh, kau nak ke mana?" Farid bertanya.
"Naik la." Jawab Ash acuh tak acuh.
"Beg kau?" Fazlan pula bersuara.
"Angkat la." Ash sengaja membuli dua orang itu. Gelak kat aku lagi, hah angkat la beg aku yang berat tu. Ha ha ha ha....




